Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

Selasa, 15 Mac 2011

EMITED 1 ✽

10 Mac 2011
(Khamis)

Hari ni tertubuhnya group yang dinamakan 'EMITED'. Dalam kamus, ia bermaksud pancaran. Tapi ejaan sebenar ada double T. Itu tak penting, apa-apa pun, aku berharap agar persahabatan ini akan kekal selamanya. Kalau nak tahu, Shira (aku) yang cadangkan nama kumpulan ini. Mula-mula D-TIMES, lepas tu D-TEAMS. Akhirnya kami berenam mengambil keputusan untuk menjadikan ia EMITED. Nak kenal tak kawan-kawan EMITED aku? Dan yang pasti, masih belum menetapkan siapa 'leader' dalam group ni.

Eda
Ini Eda. Seorang yang amat menggilakan drama korea dan jepun. Cemburu sangat bila tengok pelakon Korea dan Jepun yang cute2. Dia kaki novel jugak! Kebanyakan novel-novel, dia lebih tertarik pada novel Indonesia yang berkonsepkan Islami. Dia ni bukan seorang yang sensitif dan mudah menerima kutukan daripada orang lain. hehehe. =)

Mira
Ini Mira. Antara yang paling rapat dengan eda. Dia sama macam eda, kaki novel dan gilakan drama korea dan jepun. Ada keserasianlah. Tapi yang tak samanya ialah, dia ni suka sangat menangis. Kiranya mudah tersentuhlah. Kalau kawan dia menangis, bukan dia menenangkan, tapi ikut menangis sekali. Tak faham aku dibuatnya. Mungkin dia begitu berpegang pada kata-kata, ketawa bersama dan menangis juga bersama. Entahlah. Dia pun seorang yang manja. Anak tunggallah katakan.

Intan
Kawan yang paling gila dalam group ni. Dia bukan sakit mental, tapi mungkin dah terlebih air dalam otaknya. Kalau dia tak ada, bosanlah kami berlima. Ada saja perkara yang ingin dilakukannya. Tak reti duduk diam dan selalu kacau orang. Hobi dia yang sangat ketara ialah bercakap. Tak henti-henti. 24 jam! Tapi kami tidak kisah, malah dia sangat menghiburkan. Dan yang paling aku suka dengan Intan, dia jenis seorang yang kuat. Tak pernah nak tunjukkan kesedihan dia. Masih mampu tersenyum walau dalam kedukaan. Bak kata Mira, 'aku dah menangis kalau jadi macam intan.'

Teah
Antara kami berenam, dialah yang paling serius. Genius jugak minah ni! Yang aku paling tahu pasal dia, dia ni sememangnya panas baran. Jadi berhati-hatilah. Kalau buat masalah, mulalah dia buka langkah taekwando. Walau macam mana pun ganasnya Teah ni, tapi dalam hati tetap ada taman. Hehehe.. Tak tahulah taman rama-rama atau taman bunga. Dan yang pasti, dia pun perempuan merah jambu jugak. Suka warna pink! Itu je lah yang menampakkan keperempuanan dia. Yang lebihnya macam lelaki. Apa-apa pun, yang best berkawan dengan Teah ni, dia ni jujur dan cakap terang-terang.

Eira
Hah ! Ini aku, nama sebenar Nur Shahirah. Tapi lebih sedap dipanggil Eira. Untuk menyesuaikan nama group ni! Hah, aku ni budak ada seni sikit! Mungkin yang paling ada rupa antara kami berenam. haha xD .Aku ni prihatin,jujur,tegas.hehe =) !' Memang suke dan gila-gilakan cer Twilight terutama pelakon " TAYLOR LAUTNER!!

Diyana
Kecik orangnya tapi tembam pipinya. Aku rasa D ni memang suka manisan. Dia suka benda-benda yang manis. Setiap hari mesti nampak dia makan gula-gula. Dia pun suka makan asam jugak. Aku rasa, sehari tak sah kalau dia tak makan gula-gula. Hah, lagi satu, D ni seorang yang sensitif. Cepat terasa. Jadi kami kena pandai jaga perasaannya. Hahaha. Apa-apa pun, dia ni kiranya cool ar jugak!

Hah, itulah kawanku EMITED. Aku berharap sangat-sangat agar persahabatan ini akan kekal buat selamanya ,Walau apa pun yang terjadi. Love u all !!! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan